Tuesday, December 15, 2009

UMNO "UNDERGROUND" DI DALAM PAS



Assalamualaikum,

Adanya satu kumpulan khas yang dikenali sebagai UMNO "Underground" yang sedang menyelinap masuk ke dalam PAS umpama CIA menyelinap masuk ke dalam Soviet Union dahulu. Mereka susah dikenali kerana mereka pandai memainkan peranan sebagai pengintip UMNO.

Di hadapan kita mereka sangat warak, istiqamah memperjuangkan Islam dan PAS tetapi di belakang kita mereka menikam PAS daripada belakang. Banyak rahsia kepimpinan dan strategi PAS bocor tanpa disedari.

Mereka jugalah yang menyebarkan fitnah besar-besaran terhadap PAS pada masa ini. Apabila mereka berjumpa dengan geng-geng Ustaz Hadi Awang, mereka akan menuduh geng-geng Husam dengan fitnah itu dan ini, dan mereka mendakwa Husam dan kawan-kawan memuja Anwar Ibrahim dan PKR.

Apabila mereka berjumpa pula dengan geng-geng Husam Musa, mereka akan menuduh pula Hadi Awang dan geng-geng sebagai pemuja UMNO dan menuduh Hadi Awang mahu bergabung dengan UMNO.

Akibatnya, geng-geng Hadi Awang bersangka buruk dengan Husam Musa dan begitulah juga geng Husam Musa bersangka buruk dengan Hadi Awang. Ini juga berlaku di dalam Pemuda PAS dan paling teruk dalam PAS Selangor apabila fitnah kelompok UMNO "underground" ini berjaya melagakan Hassan Ali dengan Saari Sungib dan Khalid Samad.

UMNO "underground" ini juga yang menaja gerakan Hizbut Tahrir untuk mempengaruhi ramai pemuda PAS lari daripada PAS. Akibatnya, ramai pemuda PAS yang dah keluar daripada PAS. Sedangkan Hizbut Tahrir ini adalah kelompok Muktazilah moden.

Memang Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mendakwa bahawa mereka Ahli Sunnah wal Jamaah...di Malaysia mungkin tetapi apabila kita merujuk gerakan Hizbut Tahrir Sedunia yang diketuai Ata Abu Rashta, banyak tulisan dan kitab-kitab Hizbut Tahrir sangat jelas bertauhidkan kepada Muktazilah.

Di Malaysia, Hizbut Tahrir ini ditaja secara senyap oleh PEKIDA sementara di Sabah dan Sarawak Hizbut Tahrir ditaja oleh geng-geng Rufaqa' iaitu bekas ahli Al-Arqam dan sekarang UMNO "underground" memainkan peranan mempengaruhi pemuda-pemudi PAS untuk lari daripada PAS dan masuk Hizbut Tahrir.

Sebab itu kita lihat, Hizbut Tahrir lebih banyak menyerang PAS daripada UMNO. Pelik kan???..kenapa Hizbut Tahrir banyak menyerang parti Islam (PAS) sedangkan membiarkan parti sekular (UMNO) bermaharajalela......

Ramai ahli PAS yang telah ditarik oleh Hizbut Tahrir sedangkan ahli UMNO tiada seorang pun ditarik masuk oleh Hizbut Tahrir.......sebab Hizbut Tahrir kuda tunggangan UMNO....

Macam mana nak kenal?

Nak kenal UMNO "underground" ini tak susah....apabila mereka berdepan dengan geng-geng Hadi Awang mereka akan menghentam Husam...apabila mereka berhadapan Husam, mereka akan hentam pula Hadi Awang.

Jangan terkejut jika anda dapati UMNO "underground" ini ada memegang jawatan dalam saf kepimpinan PAS kawasan, negeri dan pusat.....

Tak disangka-sangka....UMNO memang bijak dalam menjatuhkan lawan mereka...saya pun baru tahu hal ini...Wallahualam

SUMBER

No comments:

Post a Comment