Tuesday, December 1, 2009

FATMI CHE SALLEH SELEPAS DALI HUSSIN DAN STOPA MOHAMED



Selepas Dali Hussin dan Stopa Mohamed meracau on last week, kini tiba pula giliran Fatmi Che Salleh dirasuk polong.

Fatmi Che Salleh dilaporkan meminta Tok Guru Menteri Besar Kelantan bersara politik atas alasan lagi lama Tok Guru ada maka lagi banyaklah kerosakan yang berlaku kepada PAS dan negeri Kelantan.

Apa yang mamat nih nyatakan kepada Sinar Harian (klik) adalah lebih panjang daripada itu dan yang atas nih adalah apa yang aku sinopsiskan sahaja.

Pada aku, kenyataan Fatmi Che Sallah itu hanyalah merupakan kenyataan seorang desperado politik yang sudah tidak lagi yakin mampu menang di Kelantan.

Suka tidak suka, Tok Guru Menteri Besar perlu "dibersarakan" walau dengan apa cara sekalipun supaya UMNO kembali mendapat ruang untuk bernafas di Kelantan.

Jika diperhatikan juga, Fatmi Che Salleh kelihatan seperti bercakap tanpa berfikir. Lihat sahaja kenyataan beliau "minta Tok Guru bersara bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan berlaku dalam PAS".

Bunyi ayat tu macam Fatmi Che Salleh adalah orang PAS tetapi orang PAS sejati tidak akan keluarkan statement yang sebegitu. Tanda jelas kecelaruan pemikiran seoranng desperado politik di Kelantan.

2 comments:

  1. saje deorang nak tunjuk hero kononnya, pegi mamposssssss lah sama fatmi

    ReplyDelete
  2. Hero mendernyer kalau berani dlm media jer.

    ReplyDelete